Showing posts with label Inner Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Inner Thoughts. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Erti sebuah keindahan

Di sebalik nota kecil itu
Terkubur seribu kenangan
Bait bait syair
Rangkap rangkap ketulusan

Nota diselak sehelai demi sehelai
Diiringi senyuman penuh bermakna
Kenangan terindah terpampang di bola mata
Ada tika ia ketawa
Ada tika berjejeran air mata

Kokokan ayam membelah kesunyian
Pecutan kenderaan mengganggu kedamaian
Laungan azan sayup kedengaran
Bangunlah kamu dari lamunan!

Tuesday, July 3, 2012

Ku lakarkan sebuah impian

Di hati ku lakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila ku tentukan arah serta tujuan
Rela ku hadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap ku gagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci


Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan
Tak harus ku turuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan

Sunday, July 1, 2012

Bisakah masa merubah segalanya?

Pabila malam menerjah
Tatkala sunyi membelah waktu
Ketika cengkerik bersahu sahutan
Tika haiwan dan manusia melabuhkan tubuh mereka
Selepas keletihan melalui hari yang berliku




Aku cuba memejamkan mataku
Aku cuba melupakan segala galanya
Aku cuba menepis rasa duka
Aku cuba menangkis perasaan hiba
Aku cuba memadamkan dari minda
Aku cuba dan aku cuba
Namun aku tidak terdaya
Air mata kepedihan mula berjujuran
Setitik demi setitik membasahi pipiku dan bahuku
Aku cuba menahan sebak di dada
Aku cuba memendam kehibaan yang bergelora
Aku cuba dan kucuba
Namun aku kecundang
Buat sekian lamanya

Bikakah ini akan berakhir?
Hanya takdir akan menentukannya...
Ku serah hanya pada Yang Maha Esa


WanKinsella@Lubukhatiku

Friday, May 20, 2011

Derasnya henjutan nadi

pabila kebosanan melanda diri ini
langkah ku atur terhenti-henti
dadaku sesak bagai nak mati
jantungku berdegup tanpa henti
terasa deras henjutan nadi
apakah esok masih menanti
apakah yang sedang berlegar dalam benak fikiranku ini
ku harap keresahan ini akan berlalu pergi
kan ku terbang membawa diri
lantas pergi tak kembali lagi

WanKinsella@Lubukhatiku

Come what may

I wish this pounding headache will go away
Please please go away
Let sanity prevail and stay
I long for the sun's warm ray

Stupidity and follies are expensive price to pay
Sometimes we don't know what we do or say
Come what may
Allah will always show his way.

WanKinsella@Lubukhatiku

Tuesday, March 15, 2011

Wolf in a sheep skin

What kind of a monster are you?
Are you a wolf in a sheep skin?
Are you real?
Do you really exist?
Am I dreaming or hallucinating?
Why do I have to put up with your nonsense?
Why do I have to be the one to be at your mercy?
Why do I have to tolerate your idiosyncracies?
Shoo!!!!
Just stay away from me!!!
Make yourself scarce!!!
Just disappear from the face of the earth!!!

WanKinsella@Lubukhatiku