Sunday, July 1, 2012

Bisakah masa merubah segalanya?

Pabila malam menerjah
Tatkala sunyi membelah waktu
Ketika cengkerik bersahu sahutan
Tika haiwan dan manusia melabuhkan tubuh mereka
Selepas keletihan melalui hari yang berliku




Aku cuba memejamkan mataku
Aku cuba melupakan segala galanya
Aku cuba menepis rasa duka
Aku cuba menangkis perasaan hiba
Aku cuba memadamkan dari minda
Aku cuba dan aku cuba
Namun aku tidak terdaya
Air mata kepedihan mula berjujuran
Setitik demi setitik membasahi pipiku dan bahuku
Aku cuba menahan sebak di dada
Aku cuba memendam kehibaan yang bergelora
Aku cuba dan kucuba
Namun aku kecundang
Buat sekian lamanya

Bikakah ini akan berakhir?
Hanya takdir akan menentukannya...
Ku serah hanya pada Yang Maha Esa


WanKinsella@Lubukhatiku

No comments:

Post a Comment