Wednesday, June 26, 2013

Kenapa dah buang tabiat ke, demam ke?

Berderau darah Teja pabila melihat entri tersebut di FB sebagai balasan dari postnyer yang berbunyi "dont forget the day we met. It changes history at least for you and me."

Teja ikhlas meletakkan post tu di wall buah hatinya, namun hati Teja terhiris bagai sembilu apabila luahan hatinya dibalas dengan begitu rupa.

Teja sedih, teramat sedih. Air mata Teja jatuh berguguran tanpa disedarinya. Teja mengenang nasibnya yang malang. Teja langsung tidak mengerti hati budi kaum Adam. Teja termanggu kesedihan. Teja ingin membawa diri. Teja bergegas pergi. Teja terus hilang dari pandangan.

Helang dan katak

Di dalam buku Teach Yourself to Think, Edward de Bono memberikan contoh tentang dua ekor helang: salah seekor helang mempunyai penglihatan yang amat baik, sementara yang seekor lagi mempunyai masalah rabun dekat.

Kedua-duanya suka makan katak. Dari tempat yang tinggi, helang yang mempunyai penglihatan yang amat baik itu mampu melihat dan mengenal pasti katak, justeru akan menjunam lantas membahamnya. Sebaliknya, helang dengan penglihatan yang rabun itu pula akan menangkap setiap benda kecil yang bergerak; ia mungkin seekor katak, cicak, tikus, atau mungkin juga, pada waktu lain, acahan semata-mata.

Yang manakah di antara dua ekor helang ini yang anda anggap yang terbaik? Mungkin, helang dengan penglihatan yang baik. Menurut de Bono, helang kedua lebih baik, kerana ia lebih fleksibel. Jika tiba-tiba katak pupus, helang ini dengan mudah akan mampu meneruskan kehidupannya. Sebaliknya, helang yang mempunyai pandangan yang tajam dan belum belajar untuk mempelbagaikan dietnya itu akan mati seperti katak itu juga.

Inti pati daripada kisah ini menunjukkan bahawa anda boleh mengubah sebarang kekurangan menjadi keuntungan jika anda memiliki sikap yang betul.

Through the Eyes of a Child

There are only two things that a child will share willingly:
1/ Communicable diseases, and
2/ Its mother's age....

Tuesday, June 25, 2013


Painting picture by picture, I followed the parodies
my eyes took in the deep sadness

The lingering and haunting grief and sorrow


I painted only memories, adding nothing,

no details that I did not see.

Hence the plainness of the paintings,

their desolation and barrenness

the utter emptiness!

Wednesday, June 12, 2013

Simply love this:

SUAMIKU; AJARI AKU JADI BIDADARIMU

Ajari aku menjadi wanita yang pandai berhijab..
Ajari aku menjadi wanita yang bertutur kata santun..

...
Ajari aku menjadi wanita yang berbudi pekerti mulia..
Ajari aku menjadi wanita yang sanggup menjaga kehormatan..

Jangan ajari aku bermaksiat.. Agar aku tidak tersesat..
Agar aku tidak menjadi wanita jahat..

Aku ingin menjadi wanita terhormat.
Yang akan selalu mendapat rahmat..

Aku tak sekadar hanya mencari pendamping..
Tapi aku memerlukan pembimbing..

Aku tak hanya perlu cinta semata-mata..
Tapi aku ingin seorang penunjuk ajar..
Perbaiki aku ketika salah.Ingatkan aku ketika khilaf..
Bimbinglah aku ke jalan yang lurus agar kelak aku bisa menjadi seorang makmum yang baik..

Aamiin ya Rabbal'alamin..
(Dari seorang Wanita)