Di dalam buku Teach Yourself to Think, Edward de Bono memberikan contoh tentang dua ekor helang: salah
seekor helang mempunyai penglihatan
yang amat baik,
sementara yang seekor lagi mempunyai
masalah rabun dekat.
Kedua-duanya suka makan katak. Dari
tempat yang tinggi, helang yang mempunyai penglihatan yang amat
baik itu mampu melihat dan mengenal pasti katak, justeru akan menjunam lantas membahamnya.
Sebaliknya, helang dengan penglihatan yang rabun itu pula akan menangkap
setiap benda kecil yang bergerak; ia mungkin
seekor katak, cicak,
tikus, atau mungkin
juga, pada waktu
lain, acahan semata-mata.
Yang manakah
di antara dua ekor helang ini yang
anda anggap yang
terbaik? Mungkin, helang dengan penglihatan yang baik. Menurut de
Bono, helang kedua
lebih baik, kerana
ia lebih fleksibel. Jika tiba-tiba katak pupus,
helang ini dengan
mudah akan mampu meneruskan
kehidupannya. Sebaliknya, helang yang mempunyai pandangan yang tajam dan belum belajar untuk
mempelbagaikan dietnya itu akan mati seperti katak itu juga.
Inti pati daripada kisah ini menunjukkan bahawa anda boleh mengubah sebarang kekurangan
menjadi keuntungan jika anda memiliki sikap yang
betul.
No comments:
Post a Comment