6 May 2010, Thursday
Apakah kamu menyedari bahwa dirimu akan pergi jauh tanpa kembali lagi? Lalu apakah kamu telah mempersiapkan perbekalan untuk perjalanan ini?
Apakah kamu telah membekali diri selama berada di dunia ini dengan amal soleh untuk menemani kesepianmu di dalam kuburmu?
Berapakah umurmu? Berapa lama lagikah kamu akan terus hidup di alam fana ini?
Apakah kamu tidak mengetahui bahawa setiap sesuatu mesti ada permulaan dan akhirnya, dan semua akan berakhir di syurga atau neraka?
Apakah kamu pernah membayangkan ketika malaikat maut turun dari langit untuk mencabut rohmu sementara kamu masih tenggelam dan khayal dalam kelalaianmu?
Apakah kamu pernah membayangkan hari itu, saat terakhir sebelum kamu menghembuskan nafas terakhir, saat kamu berpisah dari keluarga dan anak-anakmu, orang-orang yang dicintai dan sahabat-sahabatmu?
Itulah kematian dengan kepedihan, kesakitan dan keperitan yang amat sangat apabila rohmu berpisah dari jasadmu. Itulah kematian.
Setelah rohmu meninggalkan jasadmu, dirimu akan dibawa mandi, lalu dikafani, kemudian dipapah ke masjid untuk disolatkan, kemudian kamu akan diusung beramai-ramai di atas bahu saudara-saudarmu dan sahabat-sahabatmu… dan ke manakah kamu akan dibawa?
Sesungguhnya kamu akan dibawa masuk ke dalam kubur, yang merupakan gerbang pertama menuju akhirat, yakni alam baqa’.
Apakah tempatmu di taman syurga, atau apakah kamu akan dihumbankan ke dalam api neraka?
Peringatan yg menusuk kalbu..insaf seketika..bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W - "Apabila mati anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh"
ReplyDeleteBetul Zam....dah tua2 ni, rasa masa dah semakiin hampir, tapi ilmu dan amal masih belum mencukupi....kadang2 bila melihat zat Allah s.w.t, rasa amat kerdil, dan rasa TAKUT yang amat sangat.
ReplyDelete