Di manakah aku
Aku tidak mengenali tempat ini
Ianya terlalu sejuk, beku dan kaku
Tempat ini terlalu bersih, hingar bingar dan riuh
Bagaimana orang mampu tidur di tempat ini
Baru semalam aku berada di rumah
Tolong kejutkan aku
Kenapakah aku berada di sini?
Aku tidak mampu mengingati apa-apapun
Ketakutan menghantui ku
Mak, Ayah..apakah yang telah terjadi padaku
Wajah kamu - oh... kenapa kamu tampak terlalu tua
Kenapa wajahmu tealh dimamah usia?
Hanya semalam kamu masih muda remaja
Di manakaah anak perempuanku? Aku menyapa seorang wanita
Dia kelihatan seperti aku kenali
"Akulah anakmu," dia menyahut
Oh...aku kebingungan
Hanya semalam - dia adalah seorang bayi
Apakah maksudmu bahawa dia sudah tiada lagi?
Hanya semalam aku berbual dan bermesra dengannya
Tolong...kenapakah aku tidak mampu bangun?
Tolong kejutkan diriku ini
Pasti, ini hanyalah suatu mimpi
Semuanya kelihatan pelik dan ganjil
Hanya semalam semuanya masuk akal
Rumahku - oh rumahku
Kenapa ia kelihatan ganjil
Oh...kenapa perabotnya kelihatan lain
Kenapa susunaturnya tidak sama
Apakah yang telah terjadi pada rumahku
Aku memasang penggera waktu
Untuk mengejutkanku dari mimpi ngeri ini
Oh..itu lah bunyi penggera untuk ku bangun
Tapi...kenapa aku masih tidak mampu bangun?
Adakah kehidupan ini suatu anugerah?
Adakah ianya suatu kurniaan?
Oh..biarkan aku terus tidur
Biarkakn aku lena dibuai mimpi
Pabila aku bangun
Pasti, ianya Hanya Semalam...
No comments:
Post a Comment