19 October 2010, Tuesday
This was what I wrote on the morning of my birthday, but never got to complete it. Little that I know that the melancholy and despondency that I was feeling that morning was an ominous sign. I had a sense of foreboding that something terrible was going to happen, but had dismissed the feeling. It was my birthday, so I was supposed to be happy and rejoicing and be thankful to Allah for granting me another grace period. But I couldn't shake off the feeling of apprehension and dread.
16 October 2010, Saturday
"Sejuknya hati ini mendengar sayup2 bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang berkumandang di corong pembesar suara dari Surau As-Syakirin yang menghadap rumahku.
Terubat sedikit hati ini yang merasa sayu pada hari kelahiranku. Hari ini usiaku menjangkau 51 tahun. Aku tidak tahu mengapa pagi ini hatiku merasa amat syahdu. Malahan, air mata mengalir tanpa ku sedari.
Dengan jejeran air yang membasahi pipiku, fikiranku melayang lantas memikirkan bahawa sejak dua tahun yang lalu, aku telah menjadi anak yatim piatu setelah kehilangan ayahnda tercinta pada tanggal 12 Disember 2008. Aku menjadi anak yatim semasa ibu pergi meninggalkanku 10 tahun yang lalu pada 23 Ogos 2000.
Dan setahun yang lalu, dua hari sebelum umat Islam seronok menyambut lebaran, ibu mertuaku pula pergi meninggalkan kami menyambut panggilan Ilahi. Yang kini tinggal hanyalah ayah mertuaku yang telah dimamah usia, yang kini hanya duduk di kerusi roda tanpa banyak bicara.
Usianya yang melebihi 87 tahun telah mengurangkan daya ingatannya. Dia tidak lagi seperti dulu. Dia tidak lagi seceria bapa yang kukenali semasa awal perkahwinanku. Dia amat menyayangi anak-anaknya, menantu-menantunya dan cucu-cucunya. Kini, dia tidak lagi mengenali kami. Namun, sekali sekala, kami mendengar teriakannya memanggil nama suamiku (Amir) dan "Sayang", panggilan manjanya untuk arwah ibu mertuaku.
Malahan, dia langsung tidak menunjukkan sebarang rekasi semasa duduk di sebelah katil hospital ibu mertuaku tatkala ibu tenat dan nazak, meskipuun tangannya merangkul erat dan mengusap jari jemari ibu mertuaku. Semasa ibu mertuaku dikafankan dan sebelum ditutup mukanya buat kali terkahir, dia masih tidak mengetahui bahawa mayat yang terbujur kaku itu adalah isterinya, isteri yang amat dicintainya.
Saban hari, bapa mertuaku hanya bersandar di kerusi roda dan termenung. Dia sekadar menunggu dan menunggu.
Aku masih mengelamun. Teringat apakah masih ada hari esok buatku setelah mengecapi 51 tahun hidup di dunia ini. Adakah memadai ilmu di dada ini untuk meniti masa hadapan yang lebih getir lagi? Adakah aku telah bersedia menghadapi alam barzakh? Apakah aku telah mentazkirahkan hati yang alpa dan minda yang tercela sebelum dijemput Ilahi?
Adakah aku sudah bersedia? Ya Allah, betapa takutnya aku menghadapi kematian tanpa bekalan takwa ...
Lamunanku terhenti. Tersentak hatiku yang jauh mengelamun apabila terdengar suamiku menyapa "Sayang, get ready. We'll leave by 12 coz the place (where we were going for my birthday lunch) will be packed if we don't go early."
No comments:
Post a Comment