Monday, June 13, 2011

Layarilah bahtera ketaubatan dan keinsafan


Di manakah Muslimin dan Muslimat, di manakah golongan lelaki dan wanita yang beriman, kaum lelaki dan wanita yang jujur, mereka yang berpuasa, mereka yang menyembah Allah s.w.t. Yang Maha Agung lagi Maha Penyayang, dan di manakah kaum lelaki dan wanita yang rendah diri dan mengerjakan amal ibadat, serta golongan orang-orang yang khusyuk?

Apakah kamu ingin menghabiskan sisa kehidupanmu yang singkat ini dengan perkara yang sia-sia dan pemburuan yang tidak bererti dan remeh temeh yang menjurus kepada kemaksiatan?

Apakah kamu memiliki kehidupan lain selain dari yang ini? Apakah kamu telah dijanjikan oleh Allah s.w.t bahawa kamu tidak akan mati? Tidak sama sekali.?

Itu hanyalah ilusi dan khayalan dan palsu, dan angan-angan yang sia-sia. Oleh itu, cerminkanlah diri kamu, dan perbaharuilah pelayaran bahteramu, ayunkanlah langkahmu, burulah kafilah yang telah berlalu dan layarilah bahtera ketaubatan dan keinsafan!

No comments:

Post a Comment